Thursday, November 18, 2010

***JAHAT-[U]-Stacy***~Bab 2.1

Bab 2
Hujan pagi sedang membasahi bumi Johor Bahru. Malas betul nak memandu kalau hujan begini. Jalan mesti lah sesak gila...dari rumah nak ke tempat kerja maunya berjam-jam baru sampai walhal jarak nya amat lah dekat sangat. Rumah aku terletak di kawasan perumahan Larkin Jaya, di Jalan Jelatek.... nak pergi kerja dekat area Tampoi sana... jalan lurus je... bila hujan memang la leceh nak memandu dan bersesak dalam kesesakan lalu lintas yang tiba-tiba jadi perlahan dek hujan mencurah turun.
Betul-betul punya kuasa hujan ni... boleh membuatkan pemandu-pemandu kamikazi menurunkan darjah ego mereka dengan memandu perlahan bak kura-kura.Yelah kalau pandu laju jugak tu nak tempah maut namanya... pasti ada yang brek emergency. Kalaulah aku boleh bawak motor kan bagus. Tapi syarat Mama dan Papa yang tidak membenarkan aku menunggang motor ketika hujan amatlah susah nak diterima pakai. Apa salahnya pakai le baju hujan yang beratus harga tu. Pasti kalis air dan kalis basah.Baju hujan tu hanya buat stok perhiasan saja sebab memang Mama dan Papa tak akan berkompromi dalam hal keselamatan anak gadis mereka ini.
Dalam lebatnya hujan mencurah bumi itu, terpaksa lah aku berkorban dengan memandu Aston Martin DBS Coupe edition 2009 berbadan silver itu untuk ke pejabat. Demi Mama dan Papa aku terpaksa menjadi pemandu berhemah hari ini dan bergaya ala-ala feminin demi menjaga maruah dan penampilan Aston Martin kesayangan ku itu.
Tak kan nak berlagak dengan kereta mahal tu... kalau kena himpit pun pasti aku elak jauh-jauh agar tidak tercalar dan tersondol mana-mana bumper orang lain.
Sayang kereta beb.... susah nak dapat tu... kalau bukan dari hasil titik peluh Papa yang sudi menjadi sponsor untuk anaknya ini belum tentu koleksi ini aku mampu memilikinya....hahahaha harta Papa harta aku jugak....kan...
Sampai di pejabat yang terletak di kawasan perindustrian jalan hasil itu, ramai mata-mata menjeling kearah yang menjalar perlahan memasuki kawasan tempat letak kereta berhadapan dengan pejabat besar.
Rata-rata staf dan kakitangan seluruh pusat operasi disini tidak mengenali gerangan yang sedang bergerak ini milik siapa kerana aku amat jarang sekali memandu ke pejabat melainkan menunggang superbike kesayangan aku yang hitam atau pun jingga itu.
Sepatutnya aku menumpang kerelaan King’s untuk ke pejabat kalau hari hujan. Tapi oleh kerana hati masing-masing di penuhi dengan ego yang melangit tanpa mahu beralah gara-gara peristiwa minggu lepas maka terpaksalah aku sendiri yang menjadi driver untuk diri sendiri ke pejabat.
Sudah seminggu King’s tidak menghubungi aku dan begitu juga sebaliknya. Mendiamkan diri lebih baik dari membangkitkan aura panas yang bakal terjadi dek kerana pemikiran yang seperti kanak-kanak tidak mahu beralah.Tetap nak menang walau diri sendiri salah. Teguran beberapa rakan sekerja tentang penampilan yang agak drastikhari ini...dan juga tentang kehadiran kereta sport yang jarang-jarang terpamir disini membuatkan aku rimas dan cuba membisu tanpa jawapan.
Baju kurung sutera satin yang menjadi persoalan mereka tadi aku tilik betul-betul, takut-takut ada yang terkoyak atau terpalit sesuatu yang tidak enak dipandang.
Memang menghairankan satu pejabat..malah satu kilang pun... sebab penampilan hari ini cukup berbeza dari hari-hari sebelumnya.Ini gara-gara Mama lah yang mahu aku mencuba untuk ke pejabat dengan persalinan yang baru dibelinya sewaktu bertandang ke Kuala Terengganu minggu lepas. Disuruhnya aku menjadi model pakaian kebangsaan ini dengan penuh bergaya sekali agar perwatakan ku lebih ayu dan kena dengan gaya memandu kereta.
Hari-hari naik motor dan penampilan seperti lelaki membuatkan mereka yang memandang tidak betah duduk diam demi ingin mempersoalkan gaya penampilan aku hari ini.
Seharian sibuk dengan kerja dipejabat membuatkan aku hilang dalam keresahan menanti panggilan orang yang sedang merajuk itu.Kenapa aku pulak risaukan dia? Mamat tu memang tengah nak cari pasal dengan aku ni.... Dah seminggu masih bisu dari khabar berita.Patutnya dia lah call aku...bukan aku yang call dia.... macammana nak buat ni?
Selalunya dia yang memulakan panggilan dan seterusnya mengajak aku keluar berambu-ramba ke segenap pelusuk bandaraya untuk mengisi kebosanan yang hadir bila masing-masing sibuk dengan kerja.
Tak pelah... aku akan ke gym petang ini... saja nak tunjuk muka agar dia tak ingat aku masih dalam sesi merajuk lagi.Apa salahnya aku mengalah demi persahabatan yang sudah lama ini tidak terlerai di tengah jalan.Ego betul lelaki ya....
Nasib baik lah tak bercinta, kalau tak jenuh jugak nak memujuk versi kekasih hati....hehehehe...
Petang menjelma jua selepas penat lelah otak bermain fakta dan nombor-nombor sepanjang hari. Aku dah sedia untuk bergerak bila ada pesanan masuk ke peti express music hitam tu. Dari Azie yang mengajak ke gym kerana dia tak de kawan untuk menemani ke sana.Minah ni tau-tau je aku nak ke sana. Pesanan dibalas dan tanpa berlengah lagi aku terus mendapatkan kekasih hati no. 2 yang setia berhujan berpanas seharian disini menunggu tuannya membawa pulang ke garaj berbumbung.
Kesian kereta aku ni... baru satu hari kat sini dah berlapuk je kilatan badannya kena simbah dek abuk dan kabus-kabus halus yang terhasil dari udara tidak sihat kawasan perindustrian ini. Lama-lama boleh hilang seri rupa kereta ini kalau hari-hari berjemur panas di sini. Tak pe untuk hari ini saja.... esok dah bersama kekasih no. 1 pulak... superbike Jingga007 kesayangan aku no satu.Jenuh nak pujuk Papa tu nak beli motor besar tu... dah le besar cc pun boleh tahan...tak sepadan dengan tuan punya badan je.
Sampai rumah, kelibat Mama tiada ditempat biasa dia dan Papa minum petang.Pelik ni, mana Mama pergi? Papa belum balik ke? Hurmm.... kelibat Mbak Qimi dicari sampai ke dapur. Aha!....heheheperlahan kaki melangkah ke arah wanita separuh umur itu yang sedang terbongkok-bongkok bagai mencari sesuatu di bawah kabinet dapur.
“Hah! Mbaaaakkkkkkkkkkk...... apa diintai macam kucing cari tikus ni? Suara aku bagai horn keretapi bergema dalam kesunyian dapur membuatkan Mbak Qimi melatah-latah menurut kata-kata aku tadi..... berjela-jela pulak sambil tangan yang memegang sudip panjang tu mencari-cari sasaran untuk diketuk-ketuk.
Aku pulak mula menari-nari sambil berlagu menyemarakkan lagi latah Mbak Qimi yang makin galak dengan lenggang zapin spontan.
“Nak cari tikus... nak cari tikus...mana la ada...mana la ada...” Mbak berlagu zapin versi cari tikus pulak...hahahahaha...makin galak aku berjoget bila Mbak makin melatah sambil berzapin dengan senduknya ditangan.
Kuk..kuk!!... adoiiiiii..... spontan terasa ada satu... dua.. ketukan di kepala aku dan aku terus menahan dengan tangan dan berlari mencari perlindungan agar tidak ditambah dengan ketukan ketiga dan keempat. Mbak Qimmmmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....
“Adoi...adoi.... Mbak..Mbak...dah ..dah...dah.... sakit la kepala orang pulak diketuknya.... dah..dah..... aduhai....hisshhh....isskkk.... ” kepala yang jadi mangsa sudip tadi aku raba dan gosok-gosok.Aku lari ke pintu jauh sikit dari Mbak Qimi yang sudah bagai syok berjoget sambil mensasarkan sudip ditangannya ke arah aku...
“Mbaaaakkkkkkk......” jeritan nyaring aku menyedarkan Mbak Qimi yang sudah kepenatan berjoget zapin itu.Berpeluh dahi dia sambil terkebil-kebil melihat aku yang berpisat-pisat dengan usapan di kepala.
“Aduh.... kenapa ni BN?.... terhantuk ke?” lagi nak ditanyanya...
“Tak eh.... kena ketuk tadi... dua kali tu...sakit tau... Mbak ni kalau nak melatah berjoget jangan lah sudip tu cari kepala orang.... ” gumam aku tak puashati sebab kepala kena ketuk..... kuat juga tu... nasib tak benjol tumbuh tiba-tiba... kalau tak macam mana nak pakai helmet ni.
Masih meraba-raba kesan ketukan tadi.
“Hah!.... sapa yang ketuk? Eh!.... errkk... hehehehe sudip ni ke? Hah padan muka... usik lah lagi Mbak Qimi ni... dah tahu pantang diusik... kang dah kena penangan sudip besi berbisa ni.....keh..keh..keh..keh...” sedap-sedap pulak Mbak ketawakan aku... dah le sakit belum hilang... kena lak dengar ketawa dia yang lucu tu cam tikus tersepit ekor.Lama-lama aku juga turut ketawa sebab tak tahan gelihati mendengar suara Mbak ketawa lucu.
Riuh-rendah didapur mengamit kelibat Mama dan Papa ke ruang yang luas dan serba kemas itu.
“Mbak.... BN...kenapa ni? Ketawa apa sampai kuat didengari sampai luar sana? Anak dara dengan Mak Dara duk ketawa tak ingat ni apsal?” suara Mama bertanya tidak puashati sebab kami berdua masih lagi ketawa lepas tanpa menjawab soalannya.
“Ni hah... Puan Mira... si Bn ni tadi kena ketuk dengan sudip.... sebab melatahkan Mbak yang sedang terbongkok-bongkok mencari pisau yang terjatuh tadi.” Cerita Mbak Qimi sambil masih lagi ketawa tak berhenti bagai lucu la sangat sebab dapat ketuk kepala aku yang cantik ni.
Papa dan Mama juga turut ketawa juga.... aku terus menarik muncung walau tidak panjang tapi cukup membuatkan wajah aku lagi comel dengan riak begitu. Itu kata King’s bila muncung itik terbentuk di bibirku yang comel ni.Hah!..King’s.... alamak... tanpa menghiraukan mereka semua kau terus berlari keluar dari ruangan dapur terus menapak ke bilik atas untuk bertukar pakaian demi teringat janji dengan Azie untuk ke gym. Mahu minah tu berleter sebab lama menunggu kedatangan aku nanti.
Tepat jam 6:15 petang aku dah terpacak depan bangunan Fitnes Center yang terletak di Danga Bay dan berdekatan denganpejabat Iskandar Malaysia. Pejabat tempat Hang Badri bekerja juga Azie yang satu pejabat dengannya.Mereka ni senang je hari-hari duk melepak kat sini sebab dekat dengan ofis... aku yang jauh ni dikerahkan juga kesini semata-mata nak memberi sokongan padu kepada King’s tuan punya gym ni.
Siang bekerja dibengkel kereta milik sendiri yang besar dan tengah naik tu dengan pelbagai pelanggan yang datang. Malam pula dia bergiat aktif memajukan fitness center ini yang diusahakan bersama sepupu rapatnya iaitu Tengku Puteri Intan Syaziah.... mak oiiii..panjangnya nama dia... tu belum masuk nama ayahandanya lagi yang punya pangkat segala.
Tanpa menunggu lama aku terus menapak ke tingkat satu bila kelibat Azia tidak kutemui di tempat letak kereta tadi.Helmet yang tersarung ku buka dan mencari locker peribadi yang sudah tersedia untuk para pelanggan VIP aka pelangan tetap gym.Mata mencari kelibat Azie ataupun wajah yang kukenali. Tiada.... tiada dalam penglihatan aku.
Mana Azie ni? Dia yangberia-ia cakap dah lama tunggu.... hilang pulak. Hurmmmm.... masih melilau aku meneliti setiap ceruk yang luas itu tapi hampa.
Sebaik aku menoleh ke belakang, terkejut jantung hati dan paru-paru saat bertembung wajah dalam jarak yang paling dekat dengan wajah yang aku rindui seminggu ini.
Sikit lagi hidung aku nak cecah bibir merah jejaka macho ni. Termalu sekejap dengan adegan yang tidak disengajakan.Aduhhhhhhh!...malu...malu...malu.... mana nak menyorok ni....??? dalam baju boleh tak?
Kepala ditundukkan... sebaik saja mata dia menyapa mata aku dengan sinar yangpenuh getar dan berirama.
“Hai..... cari siapa? Lama tak nampak kat sini? Ingatkan dah lupa alamat tempat ni? Aduh! Syaduh betul tona suaranya yang agak dekat dengan wajah aku. Bahang panas yang menukar tona wajah aku sudah mengalir laju..... apa rasa sekarang?
Gembira...bahagia dan suka sangat-sangat sebab dia dah lupakan amarah terhadap aku. Sekarang tengah bersuara dengan anda romantis dan mesra. Aduh! Perasan sungguh jiwa aku yang sudah parah ni.
“Err...errkkk.... ada nampak Azie tak? Tadi memang janji dengan dia nak jumpa kat sini.Hah...lama tak datang? tapi seminggu je la... bukan lama sangat pun... sibuk dengan kerja sekarang ni... time-time auditor masuk ofis sekarang ni.... nak check stok dan check penyata tahunan sebelum bulan bonus....” sambil mengoyang-goyangkan badan dengan tangan kat belakang aku menjawab tanpa menatap wajah gerangan dihadapan mata.Takut beb.... rindu dah penuh dalam hati...dalam otak... takut tersimbah aura perasan bila menatap wajah macho dan mata galaknya itu.Memang mengoda jiwa la saat ini... kalaulah....ahhh...kalaulah..kalaulah.... mana mungkin terjadi kalau duk asyik berangan je....
“Hurmmm.... Azie kat ladies kot sebab tadi ada kat sini. Masih merajuk ke marah ni? Phone call tak de... ym buzz pun tak ada langsung.... marah eh?.... ”cam suara memujuk je.
Arggg.... jangan layan sangat... bukan boleh percaya mamat ni... last-last aku jugak kena ketawakan dia nanti.
So berhati-hati bila menjawab.
“Eh!... tak de la... mana ada marah pun... biasa je... lagipun kerja banyak sekarang... payah nak ngular panjang.... kat rumah pun buat kerja gak... kerja rumah Mbak Qimi yang tertunggak berlambak, tu yang tak sempat nak bersosial kat phone dan YM tu...”hahahaha belasah jelah macam-macam alasan yang timbul siap terbabit skali dengan Mbak Qimi yang dekat rumah tu.
“Heh....hahahaha.... ye lah tu... kalau marah cakap je... aku tak ambik hati pun..... kalau merajuk pun cakap la... nanti aku tanyakan Apai nak buat apa kalau awek comel merajuk.....hahahaha” kurang asam betul mamat ni.... kang dah cakap tadi ..last-last aku jugak yang kena.Macam la aku suka merajuk dengan dia tu.... buang karan je lah.
Aku mendengus sambil berlalu dari situ bila mata menangkap kelibat Azie yang baru masuk dengan kekasih hatinya si Apai.Amboi... cakap tak ada teman nak kesini tapi tu siap bergelak ketawa manja lagi dengan cik Abang dia.Minah ni memang nak kena dengan aku.
“BN.... dah lama sampai? Sorry la tadi aku kat ladies la... nasib baik Apai ada... kalau tak pasti huru-hara sekarang ni.Tadi aku terbocor la... tu la sekarang dah malas nak exercise dah ni... kau jelah join derang.... aku nak balik la... tak selesa ni.” Bisik Azie tanpa menghiraukan riak aku yang sudah berubah bila nampak dia dengan Apai tadi.Ooooo..... bendera merah la tu... ..
“Hai tak kan lah kau tak tahu bila date dia nak datang? Main terjah la ni... nasib baik tak bocor kat seat sini...hahahaha kalau tak malu setahun cik Abang nak cover awek dia yang tersalah parking tu.” Hilang terus amarah pada Azie bila tahu duduk perkara yang sebenarnya.Laaa.... tak kan aku je kat sini.... Hang, Pija, Mawar dan Zaki pun tidak nampak muka lagi ni. Tak kan aku kena mengadap mamat tu sorang-sorang pulak. Pengunjung lain memang ramai tapi tak geng dengan kepala aku ni.
“Ok la beb....aku balik dulu la... weekend aku call kau la kalau ada apa-apa program nanti.” Azie berlalu dengan buah hatinya mengiringi ke tempat parking kereta. Sayang sungguh Apai dengan Azie tu.... siap berhantar ke bawah lagi.Tu baru sakit datang bulan belum lagi sakit nak bersalin... ke sakit nak mengandung ke..... eh!... mereka berdua kan belum nikah lagi apa aku melalut ni.
Sejak dua menjak ni kenapa kisah nikah kahwin pulak yang datang kat kepala ni. Hairan sungguh.... apa kena dengan otak aku ni?Kalau aku dah ada boyfriend, ok jugak nak berangan pasal nikah kahwin... tapi abuk pun tak dak tapi sibuk pikir hal tu pulak.Memang tak betul dah otak aku sekarang ni.... kenapa ya? Sebab apa ya? Penangan siapa ya?

No comments:

Post a Comment