Thursday, November 18, 2010

***JAHAT-[U]-Stacy*** ~ Bab 2.2

Dua minggu sudah berlalu namun tanda-tanda aura baik dan aura mesra antara King’s dan aku masih samar-samar nak muncul semula.Siapa yang merajuk sebenarnya ni? Aku ke dia? Susah jugak ni... aku bukan awek dia, kenapa pula bersusah payah memerah otak memikirkan cara dan jalan yang sesuai untuk menyelesaikan hal ini?
Dia cool dan selamba je bila bersemuka dengan aku. Tak ada bicara seperti biasa..... tiada layanan mesra seperti selalu.Tiada senyuman manis dan senyuman mengoncang jiwa.
Kenapa aku yang tidak tenteram? Kenapa aku terlalu dambakan semua itu seperti biasa? Kenapa aku yang rindu bermati-matian kepadanya?
Kenapa? Kenapa? Kenapaaaaaaaaaaaaaa??????
Apa ertinya semua ini? Alunan lagu dari Stacy, penyanyi kelahiran AF yang suka berdansa bila membuat persembahan rancak masuk ke pendengaran aku.
Oh!.... lagu dari radio Mbak Qimi.... berlagu rancak betul petang-petang hari ni. Wah...Mbak Qimi pun layan lagu rancak Stacy? Hahahahaha...Aku pun ikut bergoyang kepala bila tiba rangkap chorus.....
“Aku sudah serik bercinta”
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah
Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia
Chorus
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Apa agaknya sudah jadi
Pada ikrar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa
Ulang Chorus
Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta
Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta
Jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Ulang Chorus
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Oooooo…. Macam kena je dengan hidup aku sekarang ni yang sudah tidak tentu arah dibuatnya.Betulkah dia pakai mentera untuk menundukkan aku? Hisssyyyyy… selisih malaikat 44…. Tak kan lah sejahat itu…. No..no..no…
Kebetulan ni…. Kiiiiiiiiiiiiinggggggggggggggggg’ssssssssssssssssssssssss….. aku rindu padamu…….Hanya jeritan bergaung dalam hati yang paling dalam….
Kalau betul-betul jerit tadi mau, satu rumah termasuk rumah-rumah jiran sebelah- menyebelah kecoh dengar suara anak pontianak mana melalak petang-petang hari begini.....hehehehe... gila la kau Bahsria....
Gadjet Nokia aku capai dan terus tekan nombor yang sudah sebati dalam kepala otak ni.Alunan lagu secret-OneRepublic kedengaran.... lama baru beralih suara orang disana ala-ala suasana tenang setenangnya.
“Assalamualaikum... hai... lama tak dengar cerita? What’s up? Rindu?” Bertalu pula menyoal sebelum sempat salam dijawab pun.
So gelojoh...!
“Waalaikumussallam.... wei... bro... kau buat apa sekarang?”
“Nothing, tengah layan Zali main game Double Dragon.... kenapa?”
“Kat mana?” napa pendek-pendek je ayat soal aku ni......
“Kat bengkel la.... tak kan kat hotel pulak...hahahahaha... kenapa ni? Nak keluar ke?” sempat lagi nak kenakan aku tu... huh!...
“Bosan la... Hang Badri gi Sarawak seminggu... lepas ni lepak mana?” masih bagi signal samar-samar nak ajak dia keluar.
“Balik rumah kot... petang or malam kat gym la. Intan balik sini hari ni... nak check kerja dia yang tak pernah sentuh tu.... jom lepak sana malam ni... boleh jumpa Intan sekali...”ajak-ajak ayam je tu... nak jumpa Intan buat apa... bukannya tak pernah jumpa anak tengku yang banyak kerenah tu. Karang diajaknya aku join kelab shopping dia esok mau patah kaki aku.
Esok hari minggu dan hari untuk Tengku Puteri Intan Syaziah bershopping sakan kat Takashimaya Singapore. Huh tak nak aku jadi bodyguard dia. Patah tangan nak membawa segala macam barang dia. Baik tak payah jumpa la sepupu dia tu.Duk rumah lagi best, dapat baca komik terbaru. Siri animex yang baru rembat dari kedai Liew.....
“Erkkk... tak pe lah... lagi pun dah selalu jumpa Intan... lain kali saja.. kirim salam je kat Intan ya... malam ni lepak kat rumah je la sebab ada komik yang belum habis khatam lagi...hehehe...ok... bye...”talian terus diputuskan tanpa sempat mendengar jawapan mamat macho tu.
Lain yang diharap lain pulak yang terjadi.
Hari minggu yang damai dan indah ini berseri sebab rumah kami riuh dengan kehadiran Hang Badri dengan keluarganya untuk makan tengahari bersama. Dah lama tak nampak wajah sepupu aku ni. Baru balik dari Sarawak dengan berbakul buah tangan serta ikan terubuk masin kesukaan Mama dan Papa.
Makin hensem walau dalam serius. Hang suka buat muka serius tu sebab dia tahu aku memang takut tengok wajah dia cam tu.Tapi peduli apa aku kalau nak sakat dia, aku sakat je dengan selamba sampai dia tak tahan nak kontrol keseriusan tu.
Dalam tengah sibuk-sibuk membantu Mama, Mak Ngah aka Mama Hang Badri la tu dan Mbak Qimi, terdengar riuh rendah dari ruangan depan. Hati aku melonjak-lonjak nak turut serta kumpulan kat depan tu. Pasti ada isu yang best tu sampai suara Papa dan Hang Badri meleret-leret ketawa besar. Duduk berdiri aku sudah tidak keruan lagi sebab aku tak boleh dah duduk sopan kat sini.... nak pergi join mereka kat luar sana. Apa isu yang aku terlepas nanti kalau Hang Badri tak nak ulang cerita kat aku kelak.
“Hah! Bahsria... yang kau ni dah macam kucing nak beranak... ayam nak bertelur ni apa pasal? Dari tadi kalih sana kalih sini... tak duduk diam... kenapa?” teguran tanpa berselindung dari Mak Ngah terus menikam pendengaran semua orang yang ada.Aduh!...Mak Ngah ni tak leh ke cover sikit kalau nak cakap tu?Pastilah Mama dah tahu kenapa aku begini.
“Alah Ngah, bukan kau tak tahu budak bertuah ni.... mana betah punggung dia nak duduk dengan kita lama-lama kat dapur ni.... mesti hati dia sibuk melonjak-lonjak nak ke depan sana... nak join kaum lelaki bersembang....”jelas Mama tanpa berselidung lagi.

No comments:

Post a Comment