Bab 1.1
Nama aku Bashria Nur Mirha. Bekerja disebuah syarikat multinasional pengeluar produk barangan keperluan rumah yang terkenal dibandaraya Johor Bahru. Aku hanya berdua beradik saja dengan seorang kakak yang bernama Balkish Nur Mirza . Kami berdua anak perempuan kembar pasangan En. Bashir Amir dan Pn. Mira Alanis. Ibubapa aku menjalankan perniagaan rangkaian minimart di bandaraya ini. Nama mereka terkenal kerana sikap dermawan dan mesrawan dengan setiap golongan masyarakat di sini.
Kakak kembarku tinggal dan bekerja di luar Negara usai saja selesai dengan pelajarannya di Aussie, Negara kelahiran kangaroo.
Hanya aku yang tinggal menemani orang tuaku di bandaraya ini sebaik saja pulang ke tanahair. Kononya nak membantu perniagaan Papa dan juga sebagai peneman Mama ke majlis-majlis amal yang sering diadakan oleh persatuannya. Tapi aku tidak betah untuk berlama-lama di bidang perniagaan yang dibangunkan Papa. Akhirnya aku dengan rela hati menyerahkan tenaga, ijazah dan kepandaianku kepada pihak lain untuk berkhidmat mencari pengalaman dan kreativiti sendiri. Hobi aku sedikit tersasar kearah dunia kelakian.
Suka menunggang motosikal berkuasa besar dan memandu kereta serta sering mengikuti konvoi-konvoi kelab kereta dan motor ke serata negeri bersama teman-teman sealiran minatnya. Namun begitu sifat dan sikap feminin aku tetap tidak tenggelam dengan aktiviti lasak sebegitu. Mama tetap menjaga penampilan diri aku ketika keluar bersamanya dan sesekali dia tidak membenarkan aku berambut pendek seperti lelaki. Kalau pun gunting rambut tetap kena ada gaya feminin dan tidak boleh mewarnakan rambut. Itu syarat-syarat Mama ketika bersetuju dengan hobi aku yang agak lasak itu. Menurut Mama dia tak mahu anak-anaknya menyimpang jauh dari bentuk asal walaupun berminat dalam dunia permotoran dan kegiatan lasak seperti lelaki.
Kesukaan aku ini bukan kerana dalam ahli keluarga kami tidak ramai lelaki tetapi minat itu datang sejak aku berkawan dengan kawan-kawan sekolej yang terdiri dari golongan lelaki dan perempuan yang terbabit dengan kelab aktiviti lasak.
Pertama kali belajar menunggang motosikal besar, beberapa kali aku kecundang kerana bentuk fizikal aku tidak sepadan dengan berat motor yang ingin ditunggangi. Aku ikut nasihat rakan-rakan menyertai latihan stamina di gym. Walau badan aku tidak berotot seperti ahli bina badan tapi cukuplah untuk memberi stamina dan tenaga untuk memegang handle motor berkuasa besar seperti Kawasaki Ninja 250R-2008, Cagiva Mito 125cc, Honda CBR600RR dan Honda CBR 600F 600cc aku yang paling cun itu.
Terbeliak biji mata Mama saat melihat katalog superbike itu sewaktu memohon kelulusan Papa untuk mengeluarkan modal permulaan untuk melabur keatas motor tersebut. Nasib Mama tidak pengsan waktu itu. Panjang berjela-jela bebelan terpaksa ditelan telinga aku kala mulut Mama berkicau tak puashati sepanjang minggu apabila Papa bersetuju saja dengan rancangan aku untuk membeli kenderaan tersebut. Nasib baik kakakku Balkish tak ada kat rumah, kalau tidak aku dan Papa terpaksa menahan bebelan dari dua wanita anggun kesayangan kami itu. Keterampilan kakak lebih kepada wanita anggun dan bergaya seperti Mama.
Kakak cantik dan tinggi lampai seperti juga aku sebab kamikan kembar seiras walau tidak betul-betul serupa.
Yang membezakan kami adalah mata sepetnya dan lesung pipit di kedua belah pipinya yang memberat kearah genetik Mama.
Manakala genetik wajah aku lebih kearah wajah Papa bila diamati secara terperinci dengan lebih dekat. Mata sederhana besar dengan alis terbentuk sebiji paras rupa Papa. Namun perbezaan itu tidak membezakan kasih sayang yang terjalin diantara kami sekeluarga.
Kakak berambut panjang lurus manakala aku pula lebih senang berambut paras bahu. Tak pernah lebih dari itu kerana aku jenis yang tidak suka berulang alik ke salun rambut setiap minggu untuk merawatnya. Cukup sekadar bersyampu dirumah, hanya rejoice saja sudah mencukupi. Hehe.... Perwatakan Balkish lebih keperempuanan sebab dia amat menitik beratkan kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung jari kakinya.
Itulah penangan didikan wanita anggun kesayangan kami berdua, Mama. Sebab itulah kakak lebih nampak matang dari diriku sendiri.
Aku lebih suka enjoy dan bergiat aktif bersukan atau ke kelab motor dan kereta. Tidak sesuai untuk penampilan anggun seperti kakak dan Mama. Tapi aku tetap seorang gadis melayu yang patuh dengan adab dan kesopanan orang melayu. Sopan ke kalau bertenggek kat atas motor besar tu?? Sopan versi minah motor kot...hihihi...
Aku dikenali sebagai Bashria atau BNM dikalangan teman-teman sekelab. Kenapa BNM? Sebab itu adalah singkatan nama penuh aku, dah macam Bank Negara Malaysia pulak namanya itu. Kalau bukan sebab si Hang Badri sepupu aku tu yang gatal-gatal nak bagi nama singkatan sebab ramai yang kurang mahir untuk mengingati nama panjang aku tu. Unik dan istimewa sebab itu adalah gabungan nama Papa dan Mama. Mama dan Balkish suka dengan nama itu, kata mereka ia unik dan berbeza dengan panggilan untuk seorang manusia.
So mereka berdua kekal panggil aku dengan nama BNM jugak. Kenapa Balkish tak digelar BNM jugak sebab namanya pun sama gak dengan nama aku.... namun mereka ada alasan yang tersendiri untuk membezakan perwatakan kami berdua.
Seorang ayu dan seorang lagi lasak dan lebih boyish skit.
“BNM..... Mama dah siap ni... nak keluar dengan Papa, so BNM ada nak kemana-mana ke?” teguran nyaring Puan Besar dalam rumah ini menyentakkan aku yang sedang mengelamun panjang tadi. Bukan mengelamun pun kan tadi aku tengah buat pengenalan tentang diri aku yang hendak dikisahkan disini. Kan..kan..huhhh.. sedap-sedap menerokai alam fantasi ada-ada saja Mem Besar ni nak mengacau.
“Ya...Mama.... rasanya BNM belum ada plan lagi ni... maybe after this ada la kawan-kawan yang datang ajak keluar tu.... so
berapa hari Mama gi “honeymoon” ni? Berhati-hati Mama, nanti kalau tahun depan BNM dapat adik, Mama jangan serik nak jaga baby lagi....hihihhi... auwwww!....”sempat mengenakan Mama dengan usikan nakal sambil berbisik perlahan tapi tak sangka penyengat Mama lebih pantas menyepit kulit lengan aku yang terdedah ini. Arrggg! Sakit betul....
“Sakitlah Mama..... tahulah dah tak sayangkan BNM lagi... tapi jangan lah main serang hendap begini.... kesian tau... dah le kulit ni nipis...kena lak sepit ketam Mama yang berbisa tu maunya merah seminggu......” rajuk aku semakin mengada-ngada bernada manja campur merajuk muncung kelicap.
“Hah... padan muka... gatal sangat nak usik Mama dengan benda yang bukan-bukan tu.... Mama pergi hanya untuk menemani Papa saja bukannya nak berhoneymoon seperti yang BNM fikirkan tu.... badan dah besar,.... umur dah tua... tapi masih lagi nak berlagak macam budak-budak kecik. Hish...budak ni...” bebelan Mama sudah muncul dan sekejap lagi pasti jadi tazkirah pagi Ahad untuk budak kecik dalam rumah ni.... siapa lagi kalau bukan aku la tu.
“Hah tu ...Mama yang selalu panggil BNM budak...budak... mau taknya anak Mama ni masih jadi budak sebab Mama yang anggap BNM budak-budak.....hehehehe” masih tak puas nak mengenakan Mama sekarang sebabnya aku akan sunyi dari suara nyaringnya pagi-pagi dan bebelan sayangnya petang-petang dan malam hari.
“Ada saja dia menjawab..... dah le ... tak ada masa nak layan BNM... karang Papa mengamuk pulak sebab lambat sampai ke Kuantan nanti. Mana Papa ni? Tadi macam dia dah turun dengan Mama sekali.... ” sambil menoleh mencari kelibat buah hatinya yang tampan dan masih bergaya segak itu.
“BNM nak kirim apa-apa ke? Mungkin Mama nak ajak Papa sekali ke Terengganu nak beli sehelai dua sutera dan batik kat sana... dah dekat baik lah pergi sekali harung je... lagipun nak beli sekali persiapan untuk majlis pertunangan Balkish nanti.... kalau BNM dapat ikutkan senang Mama... dapat temankan Mama shopping sekali dan tak de lah Papa mengadu penat nanti.” Panjang lebar Mama huraikan agenda dia nanti bila sampai ke negeri-negeri pantai timur itu.
“Wah!.... baik sungguh plan Mama ya... patutlah beria-ia nak ikut Papa ke sana.... hah tu Papa..... Pa.... ni hah buah hati Papa dah tak sabar nak bertolak ni.... tak sabar nak ajak Papa honeymoon dan shopping skali... ” sebelum penyepit Mama singgah sekali lagi aku cepat-cepat bangun dan berlari ke arah Papa yang tersenyum lebar dengan usikan anaknya ini.
“Hahahaha.... BNM ni makin nakal je dia... tengok Mama dah malu.... Sayang..kalau dah siap jomlah kita bertolak... Abang ada meeting dengan Mr. Derek jam 3 nanti.... karang kalau terlepas peluang susah nak jumpa dia pulak.”tangan Papa mengamit Mama ke arahnya sambil tersenyum mesra melihat wajah kesayangannya yang sudah merajuk manja.
Mama menghampiri kami lalu ditarik Papa ke dalam dakapan disebelah kanan, manakala aku masih dalam pautan kiri Papa sambil tersenyum melihat kemesraan Papa dan Mama yang tidak pernah malu untuk memperlihatkan kasih sayang mereka di hadapan anaknya ini. Sempat Mama menarik hidung aku yang sememangnya sudah mancung ini untuk melepaskan geram dengan usikan aku tadi. Aduh!.... terkena jugak.
“Pa... tadi Mama kata nak honeymoon sehingga BNM dapat adik baru tau....hehehehe.... harap-harap menjadilah ye Papa.... BNM dah tak larat nak jadi adik ni... asyik-asyik Mama panggil budak kecik je....”usikan nakal aku bisikkan di telinga Papa walau soundnya masih boleh didengari Mama disebelah.
“Oooo.... itu sudah semestinya.... betul ke sayang nak honeymoon sampai dapat baby baru? Harap-harap begitulah...kan... dah lama kita tak de anak kecik kat rumah ni... BNM doa-doakan lah ye... Amin....”usikan nakal dan doa Papa mengamatkan suasana dengan gelak ketawa kami tiga beranak.... walau nampak tadinya Mama teramat malu tapi terhambur juga ketawa manja buat suami tercinta.
“Abang dengan BNM ni memang suka tau mengusik Mama... kalau betullah dapat baby nanti .... siapa yang nak tolong Mama jagakan... Mama dah tak larat nak jaga baby.... dah tua dah pun...”jawapan yang berarah harapan juga terkeluar dari mulut Mama.
“Mama jangan risau... BNM dan Papa kan ada... nanti tahun depan Balkish pun dah balik sini dah... kita akan sama-sama membantu Mama menjaga baby tu....Heiiii tak sabarnya nak ada adik ni....hehehe” giat aku lagi dengan cepat-cepat melepaskan diri dari pautan Papa demi mengelak dari terkena sepitan ketam batu Mama.